GEORGIAN RUGBY CLUB
HUSNIZAN BIN HUSSAIN
SMK KING GEORGE V, JALAN ZAABA, 70100 SEREMBAN, N. SEMBILAN
0163233040 HP
06 7623598 OFF
60 7641214 FAX
E-mail: jannal_kgv@yahoo.com

Pasukan Ragbi SMK King George V, meneruskan kecemerlangan dalam Kejohanan Ragbi Piala Rafique Jemputan Victoria Institution Kuala Lumpur 2010 dengan menjadi Johan bagi kategori bawah 18 tahun. Kejohanan bagi Edisi Kedua yang sering menjadi tumpuan pasukan ragbi sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan Singapura ini disertai oleh 48 buah pasukan dengan dua ketegori bawah 18 dan 15 tahun.
Pasukan KGV yang bermain dalam pusingan awal ditempatkan bersama dengan Pasukan Sekolah Menengah Sains Poko Sena (SAINA) Kedah dan SMK St. John Kuala Lumpur. Permainan pada pusingan awal tampak mudah dengan KGV membenam SAINA dalam perlawanan pertama dengan jaringan 14-0 dan perlwanan dengan St.John 28-5. Ini malayakkan KGV untuk mara ke pusingan seterusnya dengan menduduki ranking yang ke-5 kejohanan.
Pada pusingan kedua, KGV berhadapan dengan tuan rumah Victoria Intititution. Perlawanan menyaksikan KGV terpaksa berhadapan dengan kehadiran ramai penyokong tuan rumah, namun kemenangan tetap berpihak kepada KGV dengan jaringan 19-0. Pada peringkat Separuh Akhir, KGV terpaksa berhadapan dengan musuh tradisi. SDAR yang turun bagai singa luka dengan dua rekod kekalahan sebelum ini, membuat persiapan yang agak rapi. Namun, telah tersurat SDAR akhirnya akur dengan kehebatan KGV tewas dengan jaringan 10-0.
Persaingan dalam perlawanan separuh akhir menyaksikan KGV terpaksa mengharungi cabaran getir dengan Sekolah Sukan Bandar Penawar yang membariskan ramai pemain berbakat. Perlawanan berlangsung sengit menyaksikan asakan daripada para pemain SSBP pada minit-minit awal perlawanan. Namun serangan berjaya dipatahkan, dan KGV berjaya mendapatkan try menerusi Anwarul Hafiz menjadikan kedudukan 5-0 kekal hingga tamat masa perlawanan separuh akhir.
Perlawanan akhir pula menyaksikan KGV bertemu dengan pasukan Sekolah Menengah Sains Ulu Yam Selangor (SEMASHUR). Turun dengan satu rekod kekalahan kepada Semashur pada Kejohanan Ragbi Jemputan KGV 10’s tahun lepas, boleh dianggap sebagai misi membalas dendam. Serangan bertubi-tubi oleh Semashur dapat dikekang oleh barisan pertahanan KGV. Keadaan cuaca yang agak memuaskan memberikan kelebihan kepada KGV untuk membuat serangan balas dengan menyaksikan pemain posisi back line, Anwarul dan Firdaus membenam Semashur dengan tiga try dan satu tendangan gol oleh Rashid. Perlawanan tamat dengan keputusan berpihak kepada KGV 17-0.
Bergelar Johan bagi Edisi Kedua ini membolehkan KGV merangkul hadiah wang tunai, satu set jersi dan piala. Pihak pengurusan pasukan Georgian Rugby ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain dan pegawai dan terima kasih kepada pihak sekolah, PIBG dan individu yang terlibat membantu pasukan Georgian Rugby dan pihak penganjur kejohanan.



TARIKH: 7- 8 NOVEMBER 2009
TEMPAT: PADANG KGV, SEREMBAN.
KATEGORI: BAWAH 14 DAN BAWAH 16
YURAN PERTANDINGAN: RM 200.00/ PASUKAN
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI: HUSNIZAN BIN HUSSAIN: 016 3233040
MOHD ZAIN BIN ISMAIL : 019 3455233
FRIENDLY MACTH: KGV - MATIE ACADEMY, SOUTH AFRICA
© 2008 All rights reserved.
Create a free website :: Webnode