Search site


Contact

HUSNIZAN BIN HUSSAIN
SMK KING GEORGE V, JALAN ZAABA, 70100 SEREMBAN, N. SEMBILAN

0163233040 HP
06 7623598 OFF
60 7641214 FAX

E-mail: jannal_kgv@yahoo.com

KEJOHANAN RAGBI B16 JEMPUTAN SHOAW 2009

2009-11-01 15:50

Kejohanan ragbi 10 sepasukan anjuran SMK (A) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Kuching, Sarawak yang berlangsung pada 31 Oktober di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak telah berakhir dengan jayanya. Menurut pengarah kejohanan yang juga Pengerusi Teknik Ragbi MSSM  Jabatan Pelajaran Sarawak  En Zulkaranaim, objektif utama kejohanan iaitu untuk memberi pendedahan kepada pemain pelapis tercapai.

Pasukan ragbi KGV yang dijemput khas nyata berjaya memberikan saingan yang sengit pada semua pasukan sekitar Kuching yang bertanding dalam kejohanan ini. Dalam satu kumpulan bersama SHOAW, Kolej Abdillah, SM Sains Kuching, SMK Asajaya dan SMK Penrissen dalam pusingan awal, KGV nyata tidak mempunyai masalah untuk muncul johan kumpulan. Pusingan separuh akhir ditentukan melalui sistem ‘ranking’. KGV yang mendapat skor tetinggi muncul sebagai pasukan ‘ranking’ pertama, bertemu dengan Kolej Abdillah di ‘ranking’ ke empat. Manakala SHOAW yang berada ditangga kedua ‘ranking’ bertemu SM Sains Kuching di pusingan separuh akhir yang juga dari kumpulan yang sama. 

Separuh akhir pertama di antara KGV dan Kolej Abdillah, perlawanan lebih memihak kepada pasukan KGV dengan 38 tanpa balas. Sementara SHOAW yang juga pasukan pilihan untuk masuk final menang mudah menentang Sains Kuching dengan 24 – 5.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, Sains Kuching yang sejak dari awal menguasai permainan, telah berjaya merangkul tempat ketiga. Bagi penentuan johan dan naib johan, yang menemukan KGV dan SHOAW, satu perlawanan yang menarik telah disajikan pada penonton yang hadir di Stadium Negeri ini. KGV yang sebelum ini mempunyai rekod buruk bertemu SHOAW, dengan 2 kekalahan di dalam NS Royal 7’s 2009 dan satu kekalahan dalam TRIANGULAR KGV-SHOAW-KOLEJ awal Mac lalu, berjaya membuang badi kekalahan tersebut. Bermula dengan baik seawal sepak mula, kesemua pemain diingatkan agar tidak memberikan ruang untuk SHOAW mambuat gerakan. Kesemua pemain KGV berkerja keras mematikan setiap gerakan pemain SHOAW. Di samping mengekang pemain lawan, pemain- pemain KGV juga sering melakukan serangan- serangan yang merbahaya. Mata pertama berjaya dikutip apabila Anwarul berjaya melakukan try hasil gerakan cantik di bahagian tengah. Mata penting tersebut seterusnya menjadi pemangkin kepada pemain KGV untuk terus melakukan serangan yang akhirnya membuahkan dua lagi try sebelum separuh masa pertama berakhir. SHOAW yang juga berjaya melakukan satu try menjadikan kedudukan 21 berbalas 7 pada separuh masa pertama.

Bersambung dua minit selepas rehat, separuh masa kedua menyaksikan kedua- dua pasukan sering mengasak kubu lawan. Walaupun dibarisi pemain ‘forward’ yang baik, KGV masih tidak berjaya menyaingi kemahiran ‘rucking’ pemain SHOAW yang lebih mantap. Dua minit sebelum tamat masa, KGV sekali lagi melakukan try dengan convertion menjadikan kedudukan 28 – 7 kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Tahniah KGV dan SHOAW yang menjadi Johan dan Naib Johan dan semua pasukan yang menjayakan Kejohanan Ragbi 10’s Jemputan SHOAW 2009. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Kesatuan Ragbi Sarawak, Jabatan Pelajaran Sarawak terutamanya Pengerusi Teknik Ragbi MSSM Negeri Sarawak, En Zulkaranaimhisyam Bin Sarbini.