1 dan 2 Ogos 2009 telah berlangsung Kejohanan Ragbi Putrajaya 7's 2009 anjuran Kesatuan Ragbi Putrajaya di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Dalam Kejohanan edisi yang ke empat itu sebanyak 16 pasukan kelab dan 12 pasukan sekolah telah mengambil bahagian. Antara pasukan kelab yang mengambil bahagian termasuklah COBRA, NS Wanderers, Sikamat Gunners, ASAS, dan beberapa pasukan ternama lain. Sementara bagi kategori sekolah, selain KGV pasukan - pasukan ternama lain seperti SDAR, Sekolah Sukan Negeri Sembilan, STAR Ipoh, SMSS, SBPI Gombak dan beberapa pasukan sekitar yang tidak kurang hebatnya turut mengambil bahagian.
KGV yang membariskan pasukan gabungan pasukan bawah 16 dan bawah 14 sejak dari awal telah memberikan satu persembahan dan mutu permainan yang memberansangkan. Namun, pasukan lain seperti SDAR yang merupakan juara bawah 16 tahun CORBA 2009, SBPI GOmbak,SSNS, SMSS, STAR Ipoh dan MTD turut menunjukkan mutu permainan yang baik.
Dalam peringkat kumpulan, KGV telah menundukkan SMK Damansara dan SMK Taman Kosas dan meletakkan KGV di kedudukan score terbanyak. Peringkat suku akhir Cup/ Plate, sekali lagi mengalahkan Damansara yang mengutip score di kedudukan ke lapan pada peringkat kumpulan.
Kemenangan suku akhir ini melayakkan KGV untuk bermain dalam separuh akhir kategori Cup dan berhadapan dengan SBPI Gombak, pasukan yang sama semasa perlawanan separuh akhir MSSM- MILO B15 2008 tahun lepas. SBPI Gombak merupakan antara pasukan terbaik di kalangan pasukan- pasukan ragbi di Malaysia. Pasukan juga merupakan johan B15 bagi negeri Selangor, menewaskan SEMASYUR. Terdahulu, Gombak telah mengalahkan SMSS dan STAR di peringkat kumpulan.
Dalam perlawanan yang penuh dramatik di antara KGV dan Gombak, kedua- dua pasukan telah menunjukkan satu perlawanan yang sangat manarik. KGV walau bagaimanapun telah dibolosi lebih awal melalui satu gerakan cantik di bahagain backline. Selang beberapa minit, KGV membalas dengan melakukan try apabila Firdaus berjaya memperdayakan pemain Gombak. Separuh kedua mayaksikan kedua- dua pasukan saling berbalas asakan dan sekali lagi KGV mendapat try manjadikan kedudukan 12 - 7. Pada minit- minit terakhir perlawanan, kelekaan pemain menghukum pasukan KGV apabila Gombak berjaya melakukan try menjadikannya mendahului 14 -12. Walau pun cuba bangkit, namum kesuntukan masa menafikan semangat juang pemain- pemain KGV yang terpaksa menerima kekalahan 14- 12.
Keputusan penuh kejohanan, SBPI Gombak Johan, SMSS naib johan bagi kategori cup manakala dua wakil Negeri Sembilan SDAR dan SSNS yang bermain pusingan akhir Plate menyaksikan SDAR mengungguli perlawanan.