Search site


Contact

HUSNIZAN BIN HUSSAIN
SMK KING GEORGE V, JALAN ZAABA, 70100 SEREMBAN, N. SEMBILAN

0163233040 HP
06 7623598 OFF
60 7641214 FAX

E-mail: jannal_kgv@yahoo.com

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN SBPSKK KPM

2009-07-16 15:18

Pada 14 Julai, SMK KGV telah dilawati oleh Pn Jamilah, Timbalan Pengarah Bahagian SBP dan SKK dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Lawatan secara mengejut ini adalah kali pertama beliau ke KGV selepas kali terakhir pada November 2008 yang lepas semasa merasmikan upacara penutup Kejohanan Ragbi Jemputan KGV. Tujuan lawatan kali ini adalah untuk memantau perkembangan program sekolah kluster bagi niche area yang berkaitan dengan lebih dekat.

Niche area ragbi telah menyediakan satu laporan terperinci aktiviti- aktiviti yang dijalankan  bermula dari oktober 2008 sehingga Julai 2009 lengkap dengan pencapaian pasukan ragbi KGV. Juga di terangkan adalah program yang akan dijalankan termasuk program cemerlang akademik iaitu menyediakan tuisyen khas kepada  pemain- pemain ragbi yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Secara keseluruhan, Pn Jamelah amat berpuas hati dengan program yang telah dijalankan dan dirancangkan untuk meningkatkan kecemerlangan ragbi dan akademik di kalangan pemain di KGV. Pencapaian yang telah dicapai setakat ini adalah amat membanggakan termasuk Johan U15 Kebangsaan 2007 dan 2008, Johan U14 Malaysia- Singapura 2009, Johan Negeri U18 2009 dan terbaru Naib Johan NS Royal 7's (plate).